
Kami sampai agak lewat... baru lepas hujan pulak tu. jalan la masuk
kedalam... lepas tu kami pun berjalan la masuk... sampai ditengah2 jalan
kami tak jumpa jalan hujan untuk pergi ke kem site yang kami cari. Kami
sebulat suara membuat keputusan untuk mendaki
(buat rock climbing sikit) batu2 waterfall tu. Panjat punya panjat la...
sampai letih kitorang mendaki batu yang lebih 70% itu... dengan membawa
semua beg2 dan peralatan2 yang dibawa... mmg penat sehinggakan terpaksa
berehat selepas mendaki. Kami akhirnya sampai ke kem site yg hendak
dituju. Kami menyediakan khemah dan menyediakan tempat untuk berlabuh
sementara ada diantara kami yang memasak makanan malam. Menu kami pada
hari itu ialah nasi dan sardin. Esoknya (pagi) kami pun bertolak untuk
ke puncak Berkelah Waterfall... mmg cantik... kolam nya pun agak
dalam... kami makan meggi ngan hot chocolate kat atas sinun... huhuhuH~
lepas tu kami turun dan masak nasi dan kari ayam... best la jugak...
Malam tu hujan, kami pun bermain2 dengan camera (buat experiment)
mengisi masa lapang. Makan malam pun ada best jugak, nasi dengan sardin
dengan telor dadar... best wooo~
Kami kemudian pun berjalan la pulak keluar untuk menunggu bas untuk
pergi ke Segamat. Setelah sampai di segamat kami pun mencari bas ke
Muazzam Shah sebab pada mulanya ingat gambang tu dekat benor ngan
muazzam. Kami terus naik satu bas ke muazzam. Sampai kat sempadan
Muazzam pulak kami telefon la Bro Nan untuk pickup kami ke berkelah...
then dier cakap tempat tu jauh lagi... kene berenti kat gambang baru
dekat. Kami pun berpakat untuk cari bas lagi satu ke gambang... huhuhuh~
lepas sampai ke gambang kami pun telefon Bro Nan. Dier suruh tunggu kat
situ. Kami dengan kelaparan pun makan roti bercicahkan cheese spread yg
dibawa bersama ngan air mineral. Bro Nan ngan adiknya pun sampai, kami
terus meredah hujan pergi ke kedai dier and then terus ke kawasan Berkelah.
